Skip to main content

Belajar Forex trading dalam Bahasa Melayu

DAFTAR DULU: 

Sebelum belajar forex atau terlibat dengannya, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Saya percaya anda datang ke sini setelah mendengar banyak perkara yang menarik tentang Forex.
Tetapi sebelum itu saya nak ingatkan bahawa…
Forex bukan untuk semua orang.

Berikut adalah REALITI yang anda perlu jawab secara jujur dengan diri sendiri sebelum memulakan langkah pertama ke dalam bidang ini:

Jangan trade Forex jika anda…

Pemalas dan cepat putus asa
Ok, anda seharusnya berhenti di sini. Ini adalah untuk kebaikkan anda sendiri. Jika anda teruskan juga, saya 100% pasti anda akan lebih kecewa nanti kerana tiada benda cepat & senang di sini. Hanya orang yang betul-betul tabah sahaja boleh bertahan.
Tak mahu rugi langsung, satu sen pun tak nak
Mana ada business yang tak rugi, masing-masing ada risiko. Dalam 10-100 kali trade mesti ada trade yang rugi. Mustahil nak perfect 100%. Kalau 60% untung 40% rugi pun bagus sangat dah. Pasang surut dalam perniagaan tu biasalah kan. Jika anda tak mampu terima kerugian, baik jangan mula. Silap-silap boleh gila nanti.
Sedang dalam kesusahan dan ada masalah kewangan yang teruk
Forex adalah perniagaan berisiko tinggi. Jadi sebaiknya trade bila dah ada duit lebih untuk buat modal dan tidak membebankan kehidupan anda.
Anggap Forex sebagai skim cepat kaya dan semudah ABC
Memang tak mustahil untuk cepat kaya atau jadi jutawan Forex. Tapi skill (pengalaman) itu bukan boleh dapat dalam sehari sahaja. Semua kena belajar dan praktis sampai betul-betul faham.
Nak menunjuk-nunjuk jadi trader Forex
Haha! jangan ingat tak ada, ramai yang berperangai pelik begini. Tapi di zaman millennium ni orang tak hairan dah, terlalu ramai full time trader sekarang. Kalau nak tahu, mereka sebenarnya lebih suka jadi low profile. Bukannya pung-pang sana sini.
Tiada ketahanan mental dan ada penyakit kronik
Jangan gelak, benda ini bukan main-main. Jangan ingat trade Forex just duduk rilek goyang kaki. Tapi yang sebenarnya otak ligat bekerja, jantung pulak berdegup kencang. Orang yang mudah terganggu emosi dan ada masalah jantung sangat tidak sesuai melibatkan diri dalam bidang ini.
Ada plan untuk scam orang lain
Dah banyak terjadi kes penipuan ini kat Malaysia. Tak kurang juga yang buat Forex macam MLM. Yang menanggung nama busuk dan dipandang sinis adalah trader yang sebenar.

Kelebihan Forex

Ok, jika anda BEBAS daripada perkara di atas, bolehlah mula tengok apa yang best sangat tentang forex sehingga menyebabkan ramai berangan nak jadi full time forex trader.
  • Boleh buat di mana-mana yang anda suka, janji ada internet. Sekarang trade di handphone pun boleh.
  • Tiada bos yang arah itu ini. Anda sendiri bos, anda sendiri kuli.
  • Nak buat full time atau part time ikut suka masing-masing.
  • Tiada orang tengah. Tak perlu cable-cable, bodek sana-sini.
  • Modal kecil dan kos transaksi murah.
  • Keuntungan tanpa batas.
  • Boleh buat bila-bila anda suka, pasaran buka 24 jam sehari.
  • Tiada persaingan seperti perniagaan konvensional. Maksudnya tak perlu nak berebut-rebut pelanggan.
  • Tiada siapa boleh monopoli market. Ingat senang ke nak pusing market $5 trilion tu?
  • Ada leverage. Modal minima, tapi boleh trade macam ada modal besar.
  • Risiko terhad. Anda hanya boleh rugi modal yang dilaburkan sahaja.
  • Banyak material percuma; boleh belajar forex online, download ebook (buku pdf), ada demo account untuk praktis, video tutorial dan ada juga broker yang bagi account bonus percuma tanpa deposit.
Menarik bukan?
Tapi anda harus ingat, proses belajar Forex haruslah dilakukan secara berperingkat (step by step). Tak boleh main lompat-lompat (skip) atau terjun macam tu jer.
Masalah utama pemula atau trader baru adalah tak sabar nak tengok graf (chart) dan terus trading. Ilmu basic masih belum cukup. Bila loss terus salahkan Forex penipu, sedangkan puncanya adalah diri sendiri.
Forex jika kita lihat on paper memang nampak senang. Tapi realitinya agak susah.
Berapa lama belajar forex?
Kejayaan takkan datang tanpa usaha yang keras, dan semestinya mengambil masa.
Berdasarkan penglamanan sendiri dan juga rakan2, majoritinya 6 bulan ke atas barulah boleh trading duit sebenar.
Bergantung dengan keupayaan individu dan rezeki masing-masing juga, ada yang boleh berjaya dalam masa singkat dan ada yang perlahan.
Tujuan sebenar belajar Forex adalah bagaimana untuk membuat keputusan yang betul disamping untuk meminimumkan kerugian. Percayalah, keuntungan akan datang dengan sendirinya.
Belajar Forex Mudah Bahasa Melayu

Pengenalan kepada Forex

Mesti persoalan ini bermain dalam kepala anda sejak dari awal lagi:
Apa itu Forex?
Bagaimana nak buat untung?
Bagaimana nak mula?
Ok, kalau nak jadi Forex trader, anda akan lalu step di bawah:
  1. Belajar forex dan cuba fahami sebaik mungkin.
  2. Buka akaun demo (percuma) dan praktis sambil ulang kaji.
  3. Buka akaun real (modal kecil) dan praktis lagi sehingga konsisten.
  4. Trade akaun real dengan modal yang lebih besar dan jana keuntungan.
Dah nampak flow dia kan?
Kalau berminat, bolehlah mula belajar. Tarik nafas dalam-dalam, kerana perjalanan yang bakal anda tempuh adalah sangat panjang dan mencabar.
Sebagai permulaan, anda boleh baca secara sepintas lalu berkenaan Forex dan sejarahnya di wikipedia.

Preview

Sekiranya anda mula rasa pening dengan info yang terlalu banyak, maka eloklah fahami preview ini terlebih dahulu sebelum belajar sepenuhnya.
Di sini saya cuba ringkaskan cara mudah trading forex.
Step 1: Open position (buy/sell)
Step 2: Tunggu dengan sabar
Step 3: Close position (untung/rugi)
Klik sini untuk info yang lebih detail beserta gambar.
Jika anda dah pro suatu hari nanti dan ingin menggunakan akaun/wang sebenar, sila rujuk link ini untuk bermula:
Semoga berjaya!

Kelas belajar Forex dalam Bahasa Melayu

Asas Forex

  • Apa itu Forex dan bagaimana cara kerjanya
  • Kelengkapan asas untuk trading
  • Mata wang didagangkan dalam pair
  • Struktur pasaran Forex
  • Masa trading Forex
  • Leverage
  • Jenis akaun, unit & lot
  • Trading platform
  • Long/Short (Buy/Sell)
  • Bid/Ask & Spread
  • Pips dan Pipettes
  • Rollover (Swap)
  • Cara membuat untung
  • Jenis pasaran
  • Jenis order
  • Jenis analisis

Forex Broker

  • Apa/Siapa itu Forex broker?
  • Jenis Forex broker
  • Jenis akaun Forex
  • Forex regulator
  • Aspek penting dalam pemilihan broker
  • Keperluan asas untuk daftar akaun real/live
  • Bermula dengan akaun demo

MetaTrader 4

  • Apa itu MetaTrader 4?
  • Cara menggunakan order MetaTrader 4
  • Cara menggunakan technical tools
  • Cara setting indicator forex
  • Cara mengendalikan object
  • Cara memasang custom indicator, script dan robot/EA (Expert Advisor)
  • Cara disable One Click Trading
  • Cara install portable MT4

Analisa Teknikal (TA)

  • Apa itu analisis teknikal?
  • Jenis chart
  • Swing high low
  • Struktur pasaran
  • Support & Resistance
  • Chart pattern
  • Asas candlestick
  • Candlestick pattern
  • Forex gap
  • Indicator asas
  • Divergence
  • Multiple time frame
  • Breakout & fakeout
  • Round number
  • Average range

Analisa Fundamental (FA)

  • Apa itu analisis fundamental?
  • Central Bank (Bank Pusat)
  • Fiscal dan Monetary Policy
  • Interest rates
  • Inflation & employment
  • Quantitative Easing
  • Negative interest rates
  • Faktor yang mempengaruhi nilai mata wang
  • Kalendar ekonomi
  • News & Market data

Intermarket Correlation

  • Jenis correlation
  • Profile negara major currency
  • US Dollar Index
  • Hubungan Forex dengan pasaran lain
  • Kategori instrumen
  • Situasi pasaran
  • Carry trade

Pengurusan Risiko

  • Drawdown
  • Perbandingan risiko
  • Pentingnya stop loss
  • Risk Reward ratio
  • Fahami kiraan akaun di MetaTrader
  • Perbezaan margin call dan stop out
  • Trading news dan risikonya

Trading Plan

  • Perkara penting dalam trading plan
  • Jenis trader
  • Cara membuat trading system
  • Trading journal
  • Kekuatan mental sebagai benteng psikologi
  • Akhir kata
Kursus/tutorial ini akan dikemaskini dan diperbaiki dari masa ke semasa. Sekiranya ada perkara yang tidak lengkap atau salah, boleh maklumkan kepada saya untuk diperbetulkan. Saya hanya insan biasa, tak lari dari kesilapan. :)





Comments

  1. Suka dengan kata-kata ni "Forex bukan untuk semua orang" !!! Sebab trading ni memang memerlukan kesabaran dan pengawalan emosi yang mantap. Apa-apa pun sharing tentang forex Malaysia di artikel ini sangat detail. Bagus untuk dijadikan rujukan terutamanya untuk pemula.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

set ikhtiar hamil

furmon utk wanita RM210.00 termasuk pos ie untuk lelaki RM200 termasuk kos pos hotline 0108448380

Modal RM15 jer

BIARKAN ORANG LAIN BERFIKIR TAPI KITA BERTINDAK SEKARANG.  APA ADA dengan RM15 skrg? 1. Beli KFC untuk 1-2 org makan. 2. Isi Minyak Kereta untuk seminggu. 3. Topup Hp guna seminggu. Semua itu adalah perbelanjaan normal anda.Dan Anda Rasa ianya biasa hanya RM15 Jer. PERNAH ANDA TERFIKIR?? RM 15.00 Anda itu Mampu bertukar menjadi Jutaan Ringgit. RAMAI SEDANG TAMBAH pendapatan dengan mudah. Saya sudah. Anda bila lagi? - RM15.00 Simpan Tak Kaya. - RM15.00 Hilang Tak Miskin. - RM15.00 bawa shopping kejap je. - RM15 join POTENSI PENDAPATAN BERGANDA X Tiada Maintain. X Tak Perlu Jual Barang. Bonus terus ke acc bank anda. PROJEK COPY & PASTE follow system sahaja. Simple dan Hanya Guna Whatsapp dan Facebook je. - lklan. - Bahan iklan, teknik promosi. KLIK DIBAWAH Daftar -> https://danaxtreme.com/jutaone